Thursday 10 October 2013

PENGENALAN DIRI Nama saya Muniey. Anak kedua dan tunggal perempuan dalam 3 orang adik beradik.Saya dilahirkan pada 29 Ogos 1983 di Pekan Pahang. Suami saya pula bernama Ahmad Shafiq dilahirkan pada 22 Mei 1981 di Kuantan Pahang. Pada tahun 2013 kami dikurniakan seorang baby boboy dan kami namakan bby kami Rayyan Danish Bin Ahmad Shafiq. Anugerah yang terindah buat kami berdua.

 

Saya mempunya Diploma dalam Reka bentuk Grafik di Politeknik Pasir Gudang, Johor Bahru dan telah mengambil Sijil Multimedia Pengiklanan di Kolej Komuniti Paya Besar Kuantan. Selepas saya tamat pengajian di Politeknik, Saya telah mendapat pekerjaan di Ibu Kota sebagai seoranag Pereka Grafik di sebuah Syarikat (Felda Trading Sdn Bhd) yang teletak di Keramat Kuala Lumpur. Dan sekarang saya telah mendapt keje di salah sebuah jabatan kerajaan di samping saya tetap melalukan kerja2 yang berkaitan dengan design. Rabu pada 02-10--2013 jam 04.20pm saya telah mencuba merangkai kata kata sebagai perkenalan di dunia blogging, dan insya allah blog ini akan menjadi medan perkongsian tentang kehidupan seharian saya, Coretan kehidupan saya, Pengalam idup serta saya akan kongsikan tentang biz yang saya lakukan agar kita sama-sama akan merasakn kebaikan dalam perniagaan jika kita boleh berkogsi bersam-sama.Mudahan blogger saya mungkin akan dapat membantu dan menghasilkan karya yang mampu membantu orang lain ataupun bermanfaat bagi kita semua.

 

Saya seorang yang suka menceburi bidang perniagaan, dalam perniagaan ada untung dan rugi “Jika Takut Rugi Jangan Sesekali Perfikir Untuk Berniaga” Alhamdulillah saya dikurniakan Suami yang sama minat dalam bidang perniagaan banyak membantu saya dalam segala hal tentang perniagan. Dan sekarang kami telah membuka sebuah KEDAI RUNCIT Di Felda Chini, Pekan Pahang. Saya juga membuat part time dalam biz SHAKLEE (Makanan Tambah) dan ANIS MOIST CAKE. Saya juga membekal di kedai-kedai makan Sekitar Kuantan, Pekan,Chini dan Muadzam Shah.

 

Terima kasih buat Keluarga kami yang banyak membantu dari segi mental dan fizikal, Saudara-mara,Kawan-kawan serta semua yang telibat dalam mendokan kejayaan kami sehingga mencapai apa yang kami hajat selama ini..

 

Sayang Kamu Semua..

Wednesday 2 October 2013



Saya adalah Pengedar Sah Shaklee dengan ID 947017. Bagi sesiapa yang ingin COD, saya berada di Kuantan Pahang dan sekitarnya iaitu sekitar Chini, Pekan, Muadzam Shah dan lain-lain yang berdekatan. Hubungi saya melalui Call/SMS/Whatsapp: 013-967 9314/019-902 0271. Penghantaran juga disediakan ke seluruh Malaysia.